Thursday, March 10, 2011

"Ambillah waktu untuk Belajar dan Memahami Virus Leptospira..==))"


Assalamualaikum..==))
virus leptospira
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis juga dikenali sebagai penyakit Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari. Merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada  virus leptospira yang hidup dikawasan air tawar tercemar.Jangkitan ini biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan virus ini menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau  selaput lendir.

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai virus Leptospira disebarkan melalui air kencing haiwan dan berjangkit selagi ia masih lembab. virus ini boleh menjangkiti dan menjadikan haiwan sebagai hos atau perumah.  Antara haiwan pembawa virus ini ialah tikus, mondok  anjing, rusa, arnab, landak, lembu, kambing, kerbau. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah sungai. kawasan banjir, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan. 

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak  berjangkit dari manusia ke manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana menggalakkan kemasukan bakteria atau virus. 

Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema ,demam, sejuk,sakit kepala yang kuat,muntah-muntah, dan termasuk demam kuning, mata merah, sakit perutcirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman. virus ini kemudiannya menyebabkan kerosakan hati,demam kuning, dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas.

Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan  ke kawasan berisiko tinggi. Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). 

Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan, dialysis digunakan bagi kes teruk. 

Oleh itu, Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, jadi elak2kan lah diri anda daripada mandi atau berenang dikawasan banjir, air bertakung atau tercemar, kerana kemungkinan besar air tersebut telah dicemari oleh kuman atau virus. Dan yang penting sekali jagalah kebersihan dan kesihatan.==))
 Noktah..==))

2 comments:

faiz said...

mmg bahaye btol la kencing2 haiwan ni...lagi2 tikus..kena hati2

wawa said...

sebenarnya.. kencing haiwan tidak berbahaya selagi tidak dijagkiti virus.. jadi haiwan ni menjadi pembawa apabila dijangkiti..
apapon mencegan and jaga kebersihan adalah lebih penting...=p.

apa pon.......air yg jernih jgn disangka tiada virus.. ==))